CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JOM AMALKAN..

JOM AMALKAN..
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan 2.Kehinaan berganti dengan kemuliaan 3.Segala hutangnya dapat dijelaskan 4.Terhindar dari dukacita 5.Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya...amin

Wednesday 29 February 2012

HOME MADE PIZZA...PIZZA DAH....

Actually this pizza dah lama buat..n lama dah tak buat.hehehe.tp ada dalam simpanan so nak kongsi kat sini cara pembuatannya..dari buat roti sampai dapat ngappp dalam mulut.hehe..nak buatnya senang jerr..cuma perlukan kesabaran dan kerajinan je la.hehehe..jom layan pizza2 yang tak boleh nak di ngapp.hehehe..
inilah rupanya my pizza...

 doh yang baru di uli...

 ni adunan yang dah di perap selama 45 - 1jm..

dah dah di bentuk ke dalam loyang pembakar..

 sesudah di bakar sapukan dengan sos...

 dah siap di hias n tunggu nak dibakar jerr ( y ni y tuna punye)

 lastly letakkan keju mozarella....

 dah siap....n ngapp..

 yang ni y belum di bakar ( hawaiian chicken ni)

taraa.....

Jom tengok Bahan2nya yerr...

BAHAN A ( DOH) -utk 2 bj pizza ( 1 saiz bsr n 1 size kecil)
1/2 kg gandum
2 sdk yis (mauripan)
5 sdb susu pekat
1 sdk garam
1 sdk gula
1 bj telur
2 sdb butter / apa2 majerin
air suam ( agak2 jerr )

BAHAN2 B ( TOPPING )
1 biji lada benggala ( merah,kuning,hijau)
nenas (tin)
dada ayam / bhgn isi
cendawan butang ( tin)
tuna ( tin) / sardin + mayonis
serbuk origano
bawang besar
sosej 
n apa2 aje y rasa nak letak
sos Spaghetti KIMBALL CENDAWAN ( terpulang nak guna y lain pun)

CARA2 MEMBUATNYA:

BAHAN A
gaul tepung bersama butter n masukkan yis dan susu pekat hingga sebati...
kemudian masukkan telur dan air suam,gaul hingga doh betul2 likat dan tidak melekit..
selepas doh dah tak melekit,simpan doh selama 45-1 jam..
tutup dengan kain / tuala lembab..
selepas 45 mnt,keluarkan doh dan du uli / tumbuk doh utk buang anginnya..
canai doh mengikut acuan pizza lebih kurang 1/2 - 1 cm
kemudian cucukkan doh td dengan garfu utk buang angin.
bakar selama 10mnt dulu..
Keluarkan roti pizza dan sapu bahan B..
Sapu sos spaghetti n tabur keju..bakar lg 5-7 mnt..
keluarkan dr owen n tabur bahan2 toping n keju sekali lg...
bakar 10 minit sehingga masak...
siap sedia nak di makan...

>> Utk perasa tuna-bolehlah digunakan tuna y dah siap ( dlm tin ) ataupun masak sardin n campurkkan mayonis..
>> utk hawaian chicken plak..potong ayam kecil2 (potong dadu) kemudian tumis bersama sos spaghetti...
>> GERENTI ADUNAN ROTI / DOH PIZZA ANDA BUAT SODAP DAN LEMBUT JERR...

SELAMAT MENCUBA..

Friday 24 February 2012

SUP IKAN EBEK

Lamanya tak masukkan resepi2 baru..kesibukan membataskan waktu nak masak n tulis kat blog ni.huhu..so weekend ni kena gak cari waktu tuk masak tuk hubby..masakan simple pun jadi la asalkan air tangan isteri..kata my hubby.hehehe..kebetulan smlm hubby ke jeti kuala kemaman,terjumpa ikan ebek ni..segar lg..hijau masa balik semalam..so arini apa lg hubby srh buat sup r...cuba r sodap ikan ni buat sup selain dr ikan merah...jom layan gambar2nya erk..

 inilah rupa sup ikan ebek yang dah siap..tp tak cukup lengkap lg tu..lupa letak daun sup n limau..

ini rupa ikan ebek dah dah siap potong..

bahan2 nak blend..

bhn2 y diblender di satukn dgn rempah sup n kurma

bhn2 y ditumis...

dah siap...

Jom tengok bahan2nya erk...
Bahan A
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1sdk lada hitam
1/2 inci kunyit
2 sudu serbuk/ rempah kurma
3 sudu serbuk / rempah sup

Bahan B
3 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
sebatang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah cengkih
1 batang serai ( diketuk dulu)
1 helai daun pandan
garam,serbuk perasa
daun sup,limau n lada utk hiasan

Cara nak masaknya..
Bahan2 A di blender dulu kemudian masukkan rempah sup n rempak kurma..ketepikan dulu..
Bahan B - bawang dimayang dan ditumis bersama daun pandan dan serai sehingga naik bau..
kemudian baru masukkan bahan A kedalam bahan B..tumis sehingga pecah minyak..
kemudian baru masukkan air dan isi ikan..
last sekali masukkan 1/2 bj perahan limau dan cili.
hidang bersama daun sup..
makan dengan nasi panas2..sodappp..hehehe

SELAMAT MENCUBA RESEPI NI ERK..SIMPLE JERR..

Saturday 11 February 2012

CHOC CHIP MUFFIN WITH ALMOND

sudah lama tinginnak membuat muffin ni,tapi tak berkesempatan..so hari ni dah tak tahan nak makan muffin buatan sendiri..so jadilah muffin coklat chip dengan badam...sedappp n gebu jerr rasanya...puas hati betul bila buat sendiri ni..x rugi jadikan memasak ni sebagai hobi...hehehe...jom r layan gambar2 muffin yang gebuss ini.hehehe..


inilah rupa muffin yang telah di buangkan bajunya.hehehe

masuk dalam paper cup 3/4 n tabur almond

adunan akan naik cam gini...suka sgt tgk time ni..hehehe

inilah rupa muffin coklat chip dari dalam..hehehe

dan hasilnya....

ni yang baru dikeluarkan dari oven....nyum nyum...

Jom tengok apa Bahan2 yang saya gunakan...Layannnn...

110 gm mentega ( dicairkan )
200 gm susu segar
50 gm coklat masakan
100 gm gula perang
1 bj telur
1sdk esen vanilla
150 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko ( sy guna y van houten)
1 sdk baking powder
1/2 sdk soda bikarbonat
100 gm coklat chip
sedikit badam kisar utk hiasan

CARA MEMBUATNYA
   - Ayak tepung + baking powder + soda..ketepikan dulu
- Cairkan coklat + susu segar ketepikan( guna double boiler)
- mix kan telur  + gula perang hingga kembang
- kemudian masukkan marjerin yang dicairkan + susu segar y di campur coklat ke dlm adunan telur td..
- kemudian masukkan pula tepung gandum yang di ayak dan serbuk koko serta esen vanilla..
- last sekali masukkan coklat chip..
- panaskan oven 5 mnt suhu 180..
-masukkan adunan ke dalam paper cup sebanyak 3/4
-kemudian taburkan badam kisar n bakar 30 mnt suhu 180.
- kemudian ready to eat...hehehe

SELAMAT MENCUBA YERR...:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...