Pernah tak makan remis? bagi yang dok kat tepi pantai,mesti selalu dengar n tengok remis ni..dia biasanya muncul pada hujung2 tahun ataupun musim BAH (bhs ore Kelate)..dan remis ni untuk mendapatkannya kena korek pasir n diayak tuk memisahkan remis dengan pasir..remis ni kecil jerr,sebesar kuku jari kelingling jerr..hehehe..ada satu lg yang hampir sama ngn remis di panggil 'resit' bentukkanya hampir sama ngn remis cuma ia lebih panjang n kecil sedikit drpd remis..apapun dua2nya bleh di makan..
kalo kat tempat saya,di Pantai Irama Bachok Kel.hujung tahun mcm ni ramai r org ke pantai nak mencari remis..lepas tu balik goreng atupun boleh jugak digulai..ni kira makanan sampingan saya masa budak2 dulu r..n aktiviti mencari remis ni besttt dilakukan zaman kanak2 dulu.hehehe..sape2 yang ada pengalaman mencari remis ni tau r mcmn syok n 'ralit'nya mencari secupak/ segantang remis ni.hehehe..
inilah rupanya remis yang telah saya cari kat pantai Irama,Bachok..
inilah rupa remis yang direndam dalam air masin (sy amik air laut) yang berwarna itulah remis n yang panjang2 putih adalah resit..tp kelihatan sama jerr..hehehe
inilah rupanya remis yang dah siap dimasak..tp yang ni bukan masakan y sy buat coz sy terlupa amik gambarnya bila dah masak..yang ni saya tag dr Juariahhjyunus.fotopages.com...TQ
JOM TENGOK RESEPINYA..
Bahan2
remis( x kisah baper banyak pn..)
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit ( xletak pun xpe)
2 batang serai (di ketuk)
3-5 ulas bawang lmerah
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya..
Cara2nya..
pastikan remis direndam dulu dengan air masin utk mengeluarkan pasir ( sebaik2nya semalaman n air laut)
tumbuk bawang merah,n kunyit hidup..
tumiskan bawang yang ditumbuk bersama kunyit kemudian masukkan serai..
kemudian masukkan remis yang dah ditoskan airnya..tutup kuali / periuk yang diguunakan seketika bagi memastikan kulitnya terbuka..
bila semua kulitnya dah terbuka bolehlah dimasukkangarm,gula serbuk perasa secukupnya..
kalo nak pedas masukkan cili kering yang di kisar / cili hidup..
boleh dimakan saja / dimakan dengan nasi...
tapi biasanya dimakan begitu saja..hehehe
No comments:
Post a Comment