CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JOM AMALKAN..

JOM AMALKAN..
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan 2.Kehinaan berganti dengan kemuliaan 3.Segala hutangnya dapat dijelaskan 4.Terhindar dari dukacita 5.Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya...amin

Friday, 11 May 2012

SALAD SYRIA ala CIDDA..

Ni salad yang paling senang sekali nak buat...simple , sodapp n berkhasiat...cuba lah..sesuai di makan dengan nasi arab, nasi beriani...tuk org y diet bleh tambah ayam, atau apa2 aje...

ni lah rupanya salad...

BAHAN-BAHANNYA...
1 biji timun
2 biji tomato
1 biji lemon ( guna limau nipis pun boleh)
salad
lada besar
minyak zaitun
garam secukup rasa...

CARA2 NYA..
potong dadu kesemua bahan
satukan..kemudian perahkan 1 biji lemon dan gaul..
tuangkan sedikit minyak zaitun ,masukkan garam...
sedia di makan.... 

AYAM BAKAR YOUGURT SYRIA versi CIDDA

Dah tengok resepi nasi jom tengok resepi ayam bakar plak..ayam bakar ni special coz diletakkan yougurt..ni resepi rahsia yang tak lg rahsia..hehe...

 ayamnya kat atas tu yerr...ni bakar guna arang..terhangit skit tp sodapp....

saya guna yougurt Nestle ..

RESEPINYA...
1 ekor ayam ( terpulang bahagian mana pun nak bakar..)
*2 biji bawang besar
*3-5 biji bawang putih
*3-5 sdb yougurt kosong
*3-5 sdb tomato puri / 2 bj buah tomato
*sedikit minyak zaitun
*garam, serbuk perasa ..

CARA MEMBUATNYA..
Ayam di rebus dahulu sehingga empuk bersama bwg besar y di potong 4, tambah garam dan serbuk perasa ( airnya boleh di gunakan utk memasak nasi)
toskan ayam..
blenderkan bahan- bahan bertanda * sehingga sebati..
kemudian lumurkan bersama yam yang telah di toskan..
biarkan selama 1/2 jam...
 kemudian boleh lah di bakar ( guna oven pun boleh)

# kalo nak pedas tambahkan sedikit cili boh / cili semasa blender..

NASI ARAB SIMPLE ALA CIDDA...

Salam semua.....Lama betul tak update blog ni...dah hampir 4 bulan dah...biasa r,awal2 tahun kalo cikgu cikgi sure sibuk manjang...tahun ni bertambah2 lah sibuknya dengan pelaksanaan PBS tuk ting 1..huhu..arini ada masa masak n sempat gak snap beberapa picture...mmg tuk di masukkan dalam blog ni..huhu..layan dulu resepi nasi arab yerr..tp yang ni versi nasi arab biasa jerr coz tak berapa cukup bahan..hehe

inilah rupa 1 set nasi arab buatan dapur cidda..hehe

ni lah rupa nasi arab...x sempat gak nak amik pict nasi saja..hehe

 ini rupa rempah nasi arab yang ngah di tumis...


Jom tengok Resepi Nasi Arab ni....
BAHAN-BAHAN
6 cawan beras basmathi ( 1kg )
8 sdb rempah nasi beriani ( kali ni sy try guna y Maggie punye)
*1 batang kayu manis,3 kuntum bunga cengkih, 3 bj buah keras...
*1 biji bawang besar ( potong dadu halus2)
*3-5 ulas bawang putih
2-3 sdb pes tomato puri
2sdb cili kering y sudah diblender ( guna cili boh pun ok- kalo xnak letak pn takpe)
6 cwn air ( gunakan air rebusan ayam / air biasa )
ketulan ayam / daging
minyak sapi untuk menumis
daun sup / kismis / gajus

CARA-CARANYA...
Tunis bahan bertanda * sehingga naik bau..
kemudian masukkan cili y dah di blender bersama tomato puri...
masukkan juga rempah nasi beriani..tumis sehingga pecah minyak...
kemudian masukkan ayam....kacau rata...
masukkan pula air rebusan ayam / air biasa...biarkan sehingga mengelegak ...
lastly baru di masukkan beras basmathi yang telah di toskan...
biarkan sehingga masak..kacau sekali sekala n masukkan daun sup / kismis / gajus
boleh tutup dan dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...