
jom r layan resepinya...
BAHAN2
450gm mentega ( sy guna buttercup)
10 biji telur gred A
1 paket horlick kecil
1 tin susu pekat manis
1/2 gelas gula kastor
1 gelas tepung gandum
2 sdk esen vanilla
1sdb ovellete
1 tin besar sekaya
CARA MEMBUATNYA
1. pukul mentega dan gula sehingga sebati kemudian ketepikan
2. di dlm bekas lain pukuk telur sehingga betul2 kembang
satukan bahan 1 dan 2 serta masukkan tepung dan horlick..n kacau..
kemudian masukkan susu pekat, sekaya, esen vanilla dan ovellete berselang seli..
kacau sehingga betul2 rata..
bahagikan adunan kepada 3 bahagian
1 bekas warna hijau
1 bekas warna merah
1 bekas warna purple
masukkan 5 sudu besar adunan bewarna purple dan bakar 3-5 mnt api atas bwh suhu 180 darjah.
slps itu keluarkan dan ratakan...utk lapisan kedua letakkan 5sdb adunan berwarna hijau kemudian bakar lg 3-5mnt tetapi menggunakan api atas sahaja..
keluarkan dan ratakan dengan senduk dan masukkan lg 5sdb adunan berwarna merah kemudian bakar lagi 3-5mnt..
ulangan lapisan 2 sehingga habis adunan dan adunan last sekali gunakan apai atas bawah...
siaplah kek lapis horlick...
# warna terpulang nak buat warna apa pun..
# adunan di atas sy gunakan 5sdb sebab tu jd nipis camtu..kalo x sanggup tunggu terpulang r nak guna 2,3 senduk pun.hehehe
# kek ni saya buat ambil masa lebih kurang 6jam...
SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment