CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JOM AMALKAN..

JOM AMALKAN..
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan 2.Kehinaan berganti dengan kemuliaan 3.Segala hutangnya dapat dijelaskan 4.Terhindar dari dukacita 5.Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya...amin

Tuesday, 13 November 2012

Durian Crepe...

lama menyepi dari dunia penulisan blog ni..kali ni nak gunakan masa cuti sekolah ni dengan update blog ni.masakan dah banyak yang tersimpan,tapai oleh kerna masanya kurang,so terpaksa r pendamkan dulu hasrat nak share resepi- resepi ni...kali ni fenomena Crepe Durian mewarnai dunia masakan,so saya pun nak juga cuba...sedap bagi yang menggemari tp bagi yang tak suka durian confirm kata kurenngg r..hehe..apapun saya suka sangat ngan crepe durian ni...jom layan gambar-gambar dulu yerr..
inilah rupa durian crepe yang blur2 skit.huhu...

 ini yang dah siap di bungkus n ready masuk fridge..

inilah rupa crepe yang baru siap...kaler x mengancam jerr...huhu

inilah bancuhan crepe yang masih lg cair.huhu

Jom trngok resepi n cara membuatnya yerr...
actually ada 2 resepi crepe yang boleh di cuba.bagi sy kedua2nya pun sodap...

Bahan bahan resepi 1 ( utk 7 keping crepe)
3 sudu tepung ubi kayu
7 sudu tepung gandum
1bj telur
1 cawan santan
1/2 cwn air
1 sdk baking powder
3 sdb gula halus
2 cwn setengah whipping cream
isi durian
sedikit garam dan esen vanilla
pewarna 

bahan bahan resepi 2( utk 7 keping crepe)
3sdb gula halus
3sdb tepung ubi kayu
1 sdb tepung gandum 
1/2 sdb butter yang di cairkan
3 bj telur dipukul
100 ml air
esen vanilla
pewarna
# cara membuat sama saja
 

Cara Membuatnya 
*  Crepe..
masukkan telur bersama gula kedalam bekas dan kacau..kemudian masukkan tepung gandum dan tepung ubi..
masukan pula santan bersama dengan air dan tambah esen vanilla..
kacau sehingga sebati..( nak blander pun boleh tp akan jd berlubang2 skit,better kacau jerr.)
bila dah sebati bolehlah dipanaskan kuali leper/ceper.( sebaiknya guna y non stik r... baru tak melekat)
bila kuali dah panas,amik satu senduk adunan dan tuang ke dalam kuali kemudian golek2kan adunan biar memenuhi kuali atau guna belakang senduk untuk ratakan adunan...
biarkan sampai permukaan atasnya kering boleh terus diangkat.(crepe ni tak perlu nak diterbalikkan nanti kulit dia akan menggerutu..tak lawa.hehe)
buat sampai adunan habis...

*  Inti..
pukul whipping cream dlm mixer hingga berketul (jd cam meringue)
isi durian dilenyek2kan sedikit biar hancur..

letakkan 1 sdb whipping cream atas crepe kemudian letak pula isi durian n diletak sekali lg whipping cream..
kmudian lipat crepe td jd segi empat...simpan dalam peti sejuk untuk 1 / 2 jam kemudian barulah boleh di makan..
# nak letak isi yang lain pn boleh juga selain durian....kaya,jem tau apapun pun sodappp...hehe

SELAMAT MENCUBA...





Tuesday, 9 October 2012

TORTILAR BREAD WITH CHIKEN BBQ.

salam...lama betul blog ni tak de entri baru..kesibukan yang terlampau untuk thn2012 ni menyebabkan tiada masa nk mengupload koleksi resepi yang telah dicuba untuk thn ini..malam ni berkesempatan skit, edit gmbr dan mood menulis pn hadir di saat banyak lagi ttugas yang belum di selesaikan...lihat je gambar ye...

 inilah rupanya tortilar tu...huhu

 ayam di perap ngn sos bbq n di bakar / stim...

 ayam di potong halus,sayur,bawang besar,salad n tomato

 susun sayur n ayam lepas tu tuangkan mayonis thousand island...

inilah,kulit / roti yang saya gunakan...

BAHAN2NYE....
roti tortilar ( mcm gmbr di atas)
sos mayonis thousand island
ayam ( amik bahagian dada)
buah tomato
salad
timun jepun
bawang besar ( ikut kesukaan )

CARA MEMBUATNYA...
bakar roti tau masuk dlm oven tau mikrowave..
bakar ayam / stim..terpulang..
potong ayam kecil2, salad,bawang besar dan tomato..
susun atas roti td n gulung....
siap tuk di makan..


Friday, 11 May 2012

SALAD SYRIA ala CIDDA..

Ni salad yang paling senang sekali nak buat...simple , sodapp n berkhasiat...cuba lah..sesuai di makan dengan nasi arab, nasi beriani...tuk org y diet bleh tambah ayam, atau apa2 aje...

ni lah rupanya salad...

BAHAN-BAHANNYA...
1 biji timun
2 biji tomato
1 biji lemon ( guna limau nipis pun boleh)
salad
lada besar
minyak zaitun
garam secukup rasa...

CARA2 NYA..
potong dadu kesemua bahan
satukan..kemudian perahkan 1 biji lemon dan gaul..
tuangkan sedikit minyak zaitun ,masukkan garam...
sedia di makan.... 

AYAM BAKAR YOUGURT SYRIA versi CIDDA

Dah tengok resepi nasi jom tengok resepi ayam bakar plak..ayam bakar ni special coz diletakkan yougurt..ni resepi rahsia yang tak lg rahsia..hehe...

 ayamnya kat atas tu yerr...ni bakar guna arang..terhangit skit tp sodapp....

saya guna yougurt Nestle ..

RESEPINYA...
1 ekor ayam ( terpulang bahagian mana pun nak bakar..)
*2 biji bawang besar
*3-5 biji bawang putih
*3-5 sdb yougurt kosong
*3-5 sdb tomato puri / 2 bj buah tomato
*sedikit minyak zaitun
*garam, serbuk perasa ..

CARA MEMBUATNYA..
Ayam di rebus dahulu sehingga empuk bersama bwg besar y di potong 4, tambah garam dan serbuk perasa ( airnya boleh di gunakan utk memasak nasi)
toskan ayam..
blenderkan bahan- bahan bertanda * sehingga sebati..
kemudian lumurkan bersama yam yang telah di toskan..
biarkan selama 1/2 jam...
 kemudian boleh lah di bakar ( guna oven pun boleh)

# kalo nak pedas tambahkan sedikit cili boh / cili semasa blender..

NASI ARAB SIMPLE ALA CIDDA...

Salam semua.....Lama betul tak update blog ni...dah hampir 4 bulan dah...biasa r,awal2 tahun kalo cikgu cikgi sure sibuk manjang...tahun ni bertambah2 lah sibuknya dengan pelaksanaan PBS tuk ting 1..huhu..arini ada masa masak n sempat gak snap beberapa picture...mmg tuk di masukkan dalam blog ni..huhu..layan dulu resepi nasi arab yerr..tp yang ni versi nasi arab biasa jerr coz tak berapa cukup bahan..hehe

inilah rupa 1 set nasi arab buatan dapur cidda..hehe

ni lah rupa nasi arab...x sempat gak nak amik pict nasi saja..hehe

 ini rupa rempah nasi arab yang ngah di tumis...


Jom tengok Resepi Nasi Arab ni....
BAHAN-BAHAN
6 cawan beras basmathi ( 1kg )
8 sdb rempah nasi beriani ( kali ni sy try guna y Maggie punye)
*1 batang kayu manis,3 kuntum bunga cengkih, 3 bj buah keras...
*1 biji bawang besar ( potong dadu halus2)
*3-5 ulas bawang putih
2-3 sdb pes tomato puri
2sdb cili kering y sudah diblender ( guna cili boh pun ok- kalo xnak letak pn takpe)
6 cwn air ( gunakan air rebusan ayam / air biasa )
ketulan ayam / daging
minyak sapi untuk menumis
daun sup / kismis / gajus

CARA-CARANYA...
Tunis bahan bertanda * sehingga naik bau..
kemudian masukkan cili y dah di blender bersama tomato puri...
masukkan juga rempah nasi beriani..tumis sehingga pecah minyak...
kemudian masukkan ayam....kacau rata...
masukkan pula air rebusan ayam / air biasa...biarkan sehingga mengelegak ...
lastly baru di masukkan beras basmathi yang telah di toskan...
biarkan sehingga masak..kacau sekali sekala n masukkan daun sup / kismis / gajus
boleh tutup dan dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA....








Wednesday, 29 February 2012

HOME MADE PIZZA...PIZZA DAH....

Actually this pizza dah lama buat..n lama dah tak buat.hehehe.tp ada dalam simpanan so nak kongsi kat sini cara pembuatannya..dari buat roti sampai dapat ngappp dalam mulut.hehe..nak buatnya senang jerr..cuma perlukan kesabaran dan kerajinan je la.hehehe..jom layan pizza2 yang tak boleh nak di ngapp.hehehe..
inilah rupanya my pizza...

 doh yang baru di uli...

 ni adunan yang dah di perap selama 45 - 1jm..

dah dah di bentuk ke dalam loyang pembakar..

 sesudah di bakar sapukan dengan sos...

 dah siap di hias n tunggu nak dibakar jerr ( y ni y tuna punye)

 lastly letakkan keju mozarella....

 dah siap....n ngapp..

 yang ni y belum di bakar ( hawaiian chicken ni)

taraa.....

Jom tengok Bahan2nya yerr...

BAHAN A ( DOH) -utk 2 bj pizza ( 1 saiz bsr n 1 size kecil)
1/2 kg gandum
2 sdk yis (mauripan)
5 sdb susu pekat
1 sdk garam
1 sdk gula
1 bj telur
2 sdb butter / apa2 majerin
air suam ( agak2 jerr )

BAHAN2 B ( TOPPING )
1 biji lada benggala ( merah,kuning,hijau)
nenas (tin)
dada ayam / bhgn isi
cendawan butang ( tin)
tuna ( tin) / sardin + mayonis
serbuk origano
bawang besar
sosej 
n apa2 aje y rasa nak letak
sos Spaghetti KIMBALL CENDAWAN ( terpulang nak guna y lain pun)

CARA2 MEMBUATNYA:

BAHAN A
gaul tepung bersama butter n masukkan yis dan susu pekat hingga sebati...
kemudian masukkan telur dan air suam,gaul hingga doh betul2 likat dan tidak melekit..
selepas doh dah tak melekit,simpan doh selama 45-1 jam..
tutup dengan kain / tuala lembab..
selepas 45 mnt,keluarkan doh dan du uli / tumbuk doh utk buang anginnya..
canai doh mengikut acuan pizza lebih kurang 1/2 - 1 cm
kemudian cucukkan doh td dengan garfu utk buang angin.
bakar selama 10mnt dulu..
Keluarkan roti pizza dan sapu bahan B..
Sapu sos spaghetti n tabur keju..bakar lg 5-7 mnt..
keluarkan dr owen n tabur bahan2 toping n keju sekali lg...
bakar 10 minit sehingga masak...
siap sedia nak di makan...

>> Utk perasa tuna-bolehlah digunakan tuna y dah siap ( dlm tin ) ataupun masak sardin n campurkkan mayonis..
>> utk hawaian chicken plak..potong ayam kecil2 (potong dadu) kemudian tumis bersama sos spaghetti...
>> GERENTI ADUNAN ROTI / DOH PIZZA ANDA BUAT SODAP DAN LEMBUT JERR...

SELAMAT MENCUBA..

Friday, 24 February 2012

SUP IKAN EBEK

Lamanya tak masukkan resepi2 baru..kesibukan membataskan waktu nak masak n tulis kat blog ni.huhu..so weekend ni kena gak cari waktu tuk masak tuk hubby..masakan simple pun jadi la asalkan air tangan isteri..kata my hubby.hehehe..kebetulan smlm hubby ke jeti kuala kemaman,terjumpa ikan ebek ni..segar lg..hijau masa balik semalam..so arini apa lg hubby srh buat sup r...cuba r sodap ikan ni buat sup selain dr ikan merah...jom layan gambar2nya erk..

 inilah rupa sup ikan ebek yang dah siap..tp tak cukup lengkap lg tu..lupa letak daun sup n limau..

ini rupa ikan ebek dah dah siap potong..

bahan2 nak blend..

bhn2 y diblender di satukn dgn rempah sup n kurma

bhn2 y ditumis...

dah siap...

Jom tengok bahan2nya erk...
Bahan A
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1sdk lada hitam
1/2 inci kunyit
2 sudu serbuk/ rempah kurma
3 sudu serbuk / rempah sup

Bahan B
3 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
sebatang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah cengkih
1 batang serai ( diketuk dulu)
1 helai daun pandan
garam,serbuk perasa
daun sup,limau n lada utk hiasan

Cara nak masaknya..
Bahan2 A di blender dulu kemudian masukkan rempah sup n rempak kurma..ketepikan dulu..
Bahan B - bawang dimayang dan ditumis bersama daun pandan dan serai sehingga naik bau..
kemudian baru masukkan bahan A kedalam bahan B..tumis sehingga pecah minyak..
kemudian baru masukkan air dan isi ikan..
last sekali masukkan 1/2 bj perahan limau dan cili.
hidang bersama daun sup..
makan dengan nasi panas2..sodappp..hehehe

SELAMAT MENCUBA RESEPI NI ERK..SIMPLE JERR..

Saturday, 11 February 2012

CHOC CHIP MUFFIN WITH ALMOND

sudah lama tinginnak membuat muffin ni,tapi tak berkesempatan..so hari ni dah tak tahan nak makan muffin buatan sendiri..so jadilah muffin coklat chip dengan badam...sedappp n gebu jerr rasanya...puas hati betul bila buat sendiri ni..x rugi jadikan memasak ni sebagai hobi...hehehe...jom r layan gambar2 muffin yang gebuss ini.hehehe..


inilah rupa muffin yang telah di buangkan bajunya.hehehe

masuk dalam paper cup 3/4 n tabur almond

adunan akan naik cam gini...suka sgt tgk time ni..hehehe

inilah rupa muffin coklat chip dari dalam..hehehe

dan hasilnya....

ni yang baru dikeluarkan dari oven....nyum nyum...

Jom tengok apa Bahan2 yang saya gunakan...Layannnn...

110 gm mentega ( dicairkan )
200 gm susu segar
50 gm coklat masakan
100 gm gula perang
1 bj telur
1sdk esen vanilla
150 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko ( sy guna y van houten)
1 sdk baking powder
1/2 sdk soda bikarbonat
100 gm coklat chip
sedikit badam kisar utk hiasan

CARA MEMBUATNYA
   - Ayak tepung + baking powder + soda..ketepikan dulu
- Cairkan coklat + susu segar ketepikan( guna double boiler)
- mix kan telur  + gula perang hingga kembang
- kemudian masukkan marjerin yang dicairkan + susu segar y di campur coklat ke dlm adunan telur td..
- kemudian masukkan pula tepung gandum yang di ayak dan serbuk koko serta esen vanilla..
- last sekali masukkan coklat chip..
- panaskan oven 5 mnt suhu 180..
-masukkan adunan ke dalam paper cup sebanyak 3/4
-kemudian taburkan badam kisar n bakar 30 mnt suhu 180.
- kemudian ready to eat...hehehe

SELAMAT MENCUBA YERR...:)




Saturday, 28 January 2012

YEE MEE SIZZLING ala CIDDA ( MEE SANGGUL)

Malam ni rasa nak makan sizzling jerr..tapi malas nak kuar ke giang Kuantan ataupun,MesraMall semata2 nak makan sizzling..so pk2 baik g cari mee sanggul / yee mee n buat sendiri..lg jimat.huhu.
so g la cari bahan2nya kat kedai runcit kat umah ni..nasib semua bahan yang di cari ada.hehehe..so jadilah yee mee sizzling ala Cidda..so apa lagi..kita hayati kesedapan yee mee sizzling  ni melalui gambar dulu yerr..lps tu sama2 r kita cuba resepi ni erk.hehehe

terlebih bahan2 sampingan r plak dr yee mee.hehe

yee mee yang telah pun digoreng..

kuah yang belum diletakkan telur n tepung jagung..

yang dah dimasukkan tepung jagung n telur...

taraa....yee mee sizzling ala cidda...dah siap..

Jom tengok Bahan2nya..

yee mee/ mee sanggul
5 ulas bawang putih
1 ketul isi dada ayam /sedikit sotong / udang
1 inci halia
cendawan butang ( sy guna yang kering n direndam dulu)
lobak merah
sawi cina
jagung muda
1-2 biji telur
2 sudu sos tiram
2 sudu kiicap pekat
2 sudu kicap manis
2-4 cwn air
3 bj lada kering ( dipotong halus2)
sedikit minyak bijan
1 sdk tepung jagung
serbuk lada hitam
sedikit garam,gula n serbuk perasa.

Cara Membuatnya..
goreng yee mee dengan minyak y banyak n api sederlhana dulu sehingga berubah warna kemudian ketepikan..
tumis bawang putih n halia y ditumbuk..
masukkan sos tiram,kicap pekat,kicap cair bersama 2 cwn air
kemudian masukkan ayam / sotong atau udang..
biarkan mendidih dan masukkan bersama cendawan butang bersama sayur2 yang lain..
masukkan juga cili kering yang dipotong halus
masukkan garam,gula n serbuk perasa serta sedikit minyak bijan..
kemudian masukkan tepung jagung dan telur..
.biarkan seketika sehingga telur masak..
masukkan yee mee / tuangkan kuah ke atas yee mee..
sedia untukdi makan...

# kalo nak pedas tambahkan hirisan lada kering / masukkan cili padi..
# pastikan masa mengoreng yee mee api hanya perlahan saja n digoreng dalm 2-3 mnt shj..

- SELAMAT MENCUBA -

Thursday, 26 January 2012

GULAI DARAT IKAN HARUAN

kali ni kite tengok gulai ikan darat atau lebih tepat ikan haruan.hehehe..actually ikan ni pun mr.hubby yang dapat g mancing..punye la besaww..2.3kg..xtau nak buat perr so yang paling dia suka gulai darat r / gulai kuning tp masuk beberapa bahan2 r.hehehe..jom tengok macamana gulai ikan darat ni..ni nama gulai kat kelantan r..hehehe..jom layan gambar2nya dulu..

inilah rupanya gulai ikan haruan / gulai ikan darat..

inilah rupa ikann haruan / ruang yang akan di kendurikan hari ni.hehehe

pucuk kandis / asam gelugor

bahan2 yang nak diblend kan..

 isi ikan haruan

 daun kesom n pucuk kandis

inilah rupa gulai ikan darat ruang..hehe

Jom tengok bahan2nya...

seekor ikan haruan / puyu /ikan keli
santan ( terpulang pd kuantiti ikan)
*5-10 ulas bawang merah
*2 inci kunyit hidup
*2 inci lengkuas
pucuk kandis / pucuk asam gelugor
1 keping asam keping
segengam daun kesom
*5-10bj cili kering ( diblender)
cili padi ( jika mau lebih pedas n hottt.hehehe)
garam,serbuk perasa

Cara Membuatnya..
Bersihkan ikan dan diketepikan dulu..
blend kan bahan2 bertanda *
kemudian campurkan bersama santan
letakkan diatas api dan sentiasa kacau..bila dah mendidih masukkan daun kesom n pucuk kandis
biarkan seketika sehingga betul2 sebati
# pastikan gulai sentiasa dikacau..
masukkan garam dan serbuk perasa..
rasa dulu gulai kerana pucuk kandis akan memberikan rasa masam pd gulai..
jika tak masam barulah ditambahkan asam keping...
kemudian bila dah betul2 mendidih barulah dimasukkan ikan..
biarkan 3-5 mnt..
hidangkan...

# lebih banyak pucuk kandis,lagi sodap..n tak perlu dh masukkan asam keping
# petua nak hilangkan bau hanyir ikan - gaulkan daun limau purut,tepung gandum n perahan limau...gaul n biarkan dalam 10-15 mnt..hasilnya xde bau ikan..

SELAMAT MENCUBA...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...