CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JOM AMALKAN..

JOM AMALKAN..
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan 2.Kehinaan berganti dengan kemuliaan 3.Segala hutangnya dapat dijelaskan 4.Terhindar dari dukacita 5.Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya...amin

Thursday, 27 October 2011

KEK KARAMEL PELANGI


                                   inilah rupa kek karamel pelangi setelah di belah dua.hehehe


                                                             ini dia rupa kek karemel..


 kek yang dah di potong...siap utk di makan..lg sodap kalo letak dalam peti ais..macam cheese kek rasanye...


                                                         ini rupa kek yang belum di bakar...

resepi kek ni sebenarnya saya belajar melalui internet jerr..amik resepi ni pn dr org lain..tp berkenan sangat ngn resepi ni..walaupun sedikit susah,tp nampak kek ni cam sedap dan terbukti mmg sodappp..hehee..rasa cam kek cheese...kat bawah ni saya ada kongsikan resepi yang saya ambil dari blog Semanis Gula..

BAHAN2 DAN CARA MEMBUATNYA
 BAHAN A: 
gula 3-5 sudu
 ( di goreng hingga keperang-perangan dlm loyang y nak digunakan utk bakar kek kemudian sejukkan dan ketepikan dulu)

BAHAN B ( utk karemel)
3 biji telur ( guna telur merah saja,y putih simpan dulu)
 1/2 cwn susu cair
1/2 cwn air
70gm gula kastor
1sdk esen vanilla
CARANYA:
satukan kesemua bahan dan mixer..(saya guna blnder jerr)
kemudian ketepikan dulu bahan B

BAHAN C (lapisan kek)
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3bj telur ( guna telur kuning sj,putih telur simpan dulu)
135ml air
1sdk baking powder
45 ml minyak masak ( sy guna minyak jagung,minyak masak pn ok gak)
CARANYA:
pukul kuning telur,air,minyak hungga kembang
kemudian masukkan gula dan pukul sehingga naik 2x ganda
last baru masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder
ketepikan dulu bahan C

BAHAN D: (meringue)
6 bj telur putih
70gm gula kastor
1sdk krim tar-tar( kedai2 kek ada jual)
CARANYA:
satukan telur dan masukkan krim tar-tar dan pukul sehingga kembang
meringue ni dh kira ok n bleh guna bila kita letakkan atas sudu dan diterbalikkan meringue ni x menitis..

KEMUDIAN
bahan C dicampur bersama bahan D menggunakan teknik kaut balik guna tangan.tp sy guna spatula..
satukan dua2 bahan tersebut hingga sebati
bolehlah di bahagikan adunan mengikut warna yang di kehendaki.

LASTLY
masukkan bahan B kedalam loyang bahan A.
kemudian masukkan pula campuran bahan C+D mengikut kreativiti..berselang seli ikut warna ..( spt dlm gmbr)
kemudian bolehlah di masukkan dalam oven menggunakan teknik double boiler.
(letakkan loyang kek di dalam loyang y mempunyai air panas)
kemudian bakar menggunakan suhu 180celcius selama 1j / api bwh saja
20-30 mnt lg api atas bawah..
kek ni kalo di cucuk dengan lidi pun mmg lembut n lembik skit...
selepas 1j 30 mnt siaplah kek ni...
bolehlah di telangkupkan kek ni utk melihat hasilnya..

SELAMAT MENCUBA...

              

Monday, 17 October 2011

APAM SENYUM vs APAM MEKAR


apam mekar @ apam senyum....


2 biji telur pada suhu bilik


adunan telur dan gula....


di letakan pewarna biru..


di letakkan pewarna hijau..


di letakkan coklar rice...


yang telah siap letak dlm cup dan bersedia utk di kukus


dan..hasilnya selepas keluar dr kukusan..


taraa....hasilnya...senyum tak apam ni.hehehe

Actually this resepi ambil dr blog kakzu semanisgula.blogspot...
nak cuba resepi ni coz nampak sedap jerr..
resepi ni sy buat dapat lebih kurang 70bj coz guna cup kecil jerr..
ini resepinya..

BAHAN2.
2 bj telur ( di letakkan pd suhu bilik)
230gm tepung gandum ( di ayak terlebih dahulu)
1 cwn aiskrim soda
250 gm gula kastor
1 sd kecil esen vanilla
1sdk ovellete
pewarna ( ikut suka )
coklat rise ( taknak letak pn takpe)

CARA MEMBUATNYA:
satukan telur dan gula dan di pukul (mixer) sehingga betul2 kembang (spt dlm gmbr)
bila dh kembang,masukkan ovelette dan putar lagi
kemudian masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda
kemudian last sekali masukkan esen vanilla.
bahagikan adunan kepada beberapa warna..nak guna putih saja pn ok gak...
masukkan dalam cup,dan kukus selama 5-7 mnt..
bolehlah di makan...
senang kan....

SELAMAT MENCUBA..

Saturday, 15 October 2011

MUFFIN VANILLA STRAWBERY

muffin vanilla tapi dalam letak filing strawbery..n tambah coklat chip skit...

yang di letakkan filing strawbery....

 dan di tabur chocolate chip....

 taraaa...dh siap...

RESEPINYA: senang jerr resepi
bahan2:
minyak jagung / myk masak 1 cwn
3 biji telur
1 cwn tepung naik sendiri / tepung gandum biasa (masukkan baking powder n soda bikarbonat)
1sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
3 sudu susu pekat
1 sdk esen vanilla
1/2 cawan gula ( kalo nak manis tambah lagi)
chocolate chip
filing strawbery

cara membuatnya:
satukan telur dan gula dan putar sehingga kembang..
kemudian masukkan minyak dan tepung naik sendiri..
putar adunan sehingga kembang dan masukkan esen vanilla dan susu pekat..
boleh juga letakkan sedikit susu segar..( kalo nak letak)
adun seketika dan bolehlah di masukkan ke dalam cup yang sesuai..
masukkan adunan dan letakkan filing strawbery dan masukkan adunan dan last masukkan choc chip..
bakar suhu 160 selama 20-30 mnt...

P/S: kalau guna tepung naik sendiri  tak perlu letak baking powder n soda.
kalo guna tepung gandum biasa barulah letakkan soda n baking powder


SELAMAT MENCUBA...

Friday, 14 October 2011

MEE UDANG GALAH SPECIAL

ni dia mee udang galah special...yang specialnye mee ni coz udang galah tu my hubby yang pancing.hehehe..

inilah rupa udang galah yang my hubby kail..besaww kan..nak makan pun sayang..



udang di rebus dulu untuk mendapatkan rasa manis udang tu...


dan dah siap pn mee udang galah special ngn telur yang di rebus

RESEPINYA: ( utk 4-5 org makan)
BAHAN2:
udang dalam 10 ekor bergantung pada selera
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2-3 sudu cili kering yang dh di blender
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
garam,gula secukup rasa
taugeh / kailan /sawi
daun sup, buah tomato tuk hiasan
telur ( terpulang nak letak atau tak)

CARA MEMBUATNYA:
tumis bawang merah,bwg putih yang dah di tumbuk hingga naik bau..
bila dah sedikit garing masukkan cili kering yang dh di blend,tumis sampai pecah minyak
kemudian masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram,biarkan seketika..
kemudian masukkan air rebusan udang bersama2 udang...
masukkan garam,gula n serbuk perasa...
sayur tu di celur / rebus sekejap dengan air panas..if nak masukkan terus dalam kuah pun tak apa.
telur nak rebus pun boleh,goreng mata pun boleh..
tapi saya pecahkan telur tu dalam air yang mengelegak..dan jadi lah camtu...
senang je kan resepinya...so apa lagi..cubalah...

Sunday, 9 October 2011

MEE MAGGIE GORENG MAMAK

 Resepi yang mudah, cepat dan simple...ni masak time tak tau nak makan apa..last2 sekali tgk mee maggie,masak jerr.. nak lain dari lain so sy goreng mee maggie ni ala2 mamak.
jom kita tgk cara buat n bahan2nye...
BAHAN2: 
sebungkus mee maggie
udang/ sotong / ayam
bebola ikan
2 ulas bawang putih
sesudu besar sos tiram,sos tomato dan sos cili
kobis / kailan ( atau apa2 sayuran )
sebiji telur
tomato,asam limau dan daun salad (utk hiasan)
sedikit air
garam,gula secukup rasa.

CARA2 MEMBUAT
rebus mee n toskan.
ketuk bawang putih n tumis sampai naik bau n masukkan ketiga2 sos dan air.
kemudian masukkan sotong dan bebola ikan.
apabila sebati masukkan mee maggie dan garam,gula.
kemudian pecahkan telur ke dalam mee maggie yang di goreng dan kacau n last sekali masukkan sayur.
siap sedia utk di makan..
( nak sedap tambahkan asam limau n telur mata kerbau)

SELAMAT MENCUBA

Saturday, 8 October 2011

TRIFFLE.. JELI KIWI

triffle ni biasa guna jeli strawbery but my hubby beli kek gulung oren so i gunakan jely kiwi..
               inilah hasilnya..dimakan bersama susu cair atau susu segar..lebih sedap jika triffle ni dimasukkan ke  dlm peti sejuk dulu n di makan pada musim panas..
  yang ni triffle yang dah siap tp lum letak susu lg...
   yang ni tepung kastard yang baru saja di masak..masih cair lg
                                              RESEPINYA: BAHAN2NYA
kek gulung perasa pandan / strawbery ( terpulang pada citarasa)
1 tin susu cair
1/2 tin air ( guna tin susu cair ) - guna air coktail pun boleh
7 sudu tepung kastard ( bluebird / apa2 tepung kastard)
5 sudu besar gula
1 tin koktail / buah prune  sebagai hiasan.nak letak buah kiwi,strawbery pun boleh.
1 kotak jeli NONA ( perasa terpulang ) guna jeli lain pun tak apa.
CARA MEMBUAT:
potong kek dan susun ke dalam bekas 
untuk kastard : masukkan susu cair,tepung kastard dan gula ke dalam bekas sebelum dipanaskan.pastikan tepung kastard telah sebati dengan susu dan air.
kemudian masak bahan tersebut dengan api sederhana selama lebih kurang 15-30 mnt.
tepung kastard hendaklah selalu di kacau bagi mengelakkan keras dan berketul.
kemudian masukkan tepung kastard di atas kek yang telah di susun di dalam bekas.biarkan sejuk.
bila dah sejuk bolehlah taburkan buah koktail / buah prune / buah kiwi.
last sekali tuang jeli yang telah dimasakkan dengan air panas ( ikut arahan di kotak jeli).
siaplah resepi triffle...



Wednesday, 5 October 2011

kek coklat kukus

ni resepi dari kak Bai..Try buat resepi ni..Thanks k.bai...sedapp...
RESEPINYA
BAHAN2:
bahan A
   minyak jagung 1 cwn ( guna myk masak biasa pn boleh )
tepung koko 1 cwn
1 cawan gula
1 cawan susu cair
3/4 cwn susu pekat

bahan B
4 biji telur
1 3/4 tepung gandum
1 sdk baking powder
1sdk soda bikarbonat

sedikit esen vanilla



CARA MEMBUATNYA:
Semua bahan A di satukan dan di masakkan di atas api sederhana kemudian biarkan ia sejuk.
masukkan telur ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang.
kemudian masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat berselang seli dengan bahan A yang telah sejuk.
pukul lebih kurang 5 minat dan bilan kedua2 bahan A dan B sebati bolehlah,sediakan air untuk mengukus.
masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu marjerin / minyak supaya tidak melekat.
tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit- 1 jam.
( boleh letakkan kertas aliminium foil di atas loyang bg mengelakkan titisan air kukusan masuk ke dalam kek-jika tak letak pun tak apa juga)

CARA MEMBUAT TOPPING COKLAT
BAHAN2
1 bar coklat masakan,ambil sedikit jerr. ( terpulang nak letak tebal atau nipis)
1 - 2 sudu marjerin / butter ( sy guna planta)
sedikit minyak jagung / minyak masak biasa ( lebih kurang 3-5 sudu)
sedikit susu segar / susu cair ( lebih kurang 1/4 cwn )
sedikit susu pekat ( lebih kurang 2-3 sudu)

CARA MEMBUAT
masukkan coklat,susu segar,minyak,susu pekat dan planta ke dalam bekas dan bubuh di atas air yang mendidih dan kecau sehingga sebati.
jika coklat masih pekat walaupun dah sebati,bolehlah tambahkan susu segar.
gunakan teknik double boiler untuk masakan coklat ni.

SELAMAT MENCUBA...

IKAN TOMBOK MASAK KENGSOM

Actually this resepi my hubby yang masak smlm..yang ni ikan tombok..tak tahu la u all panggil ikan apa..resepinya senang jerr..ni masakan thailand tapi kalo tempat kita macam asam pedas la cuma kengsom tak masukkan cili kering,ia masukkan kunyit hidup jerr..

ni resepinye erk...
 BAHAN :
                  seekor ikan siakap @ apa2 ikan je..cuma kalo ikan besar lg sodap
                  bawang putih 6 ulas
                  se inci kunyit hidup
                  cili padi 6 biji / kalo mahu peda tambah lg
                  sedikit air asam jawa
                  sedikit belacan
                  buah nenas ( separuh/ bergantung pd jumlah ikan)
                  kangkung ( bergantung juga,kalo suka masuk kalo tak suka tak perlu)
                  garam / gula secukup rasa.
CARA MEMASAK:
                 masukkan bwg putih, kunyit,cili padi,belacan dan blend..
                 masukkan air ke dalam periuk dan bahan2 y di blend.
                 kemudian bila dh mendidih masukkan ikan,air asam jawa.
                 apabila ikan hampir masak,masukkan nenas yang telah di potong kecil2..
                 last sekali masukkan garam,gula secukup rasa n masukkan kangkung..
                apabila sudah masak boleh lah di hidang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...