CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JOM AMALKAN..

JOM AMALKAN..
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan 2.Kehinaan berganti dengan kemuliaan 3.Segala hutangnya dapat dijelaskan 4.Terhindar dari dukacita 5.Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya...amin

Wednesday, 5 October 2011

kek coklat kukus

ni resepi dari kak Bai..Try buat resepi ni..Thanks k.bai...sedapp...
RESEPINYA
BAHAN2:
bahan A
   minyak jagung 1 cwn ( guna myk masak biasa pn boleh )
tepung koko 1 cwn
1 cawan gula
1 cawan susu cair
3/4 cwn susu pekat

bahan B
4 biji telur
1 3/4 tepung gandum
1 sdk baking powder
1sdk soda bikarbonat

sedikit esen vanilla



CARA MEMBUATNYA:
Semua bahan A di satukan dan di masakkan di atas api sederhana kemudian biarkan ia sejuk.
masukkan telur ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang.
kemudian masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat berselang seli dengan bahan A yang telah sejuk.
pukul lebih kurang 5 minat dan bilan kedua2 bahan A dan B sebati bolehlah,sediakan air untuk mengukus.
masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu marjerin / minyak supaya tidak melekat.
tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit- 1 jam.
( boleh letakkan kertas aliminium foil di atas loyang bg mengelakkan titisan air kukusan masuk ke dalam kek-jika tak letak pun tak apa juga)

CARA MEMBUAT TOPPING COKLAT
BAHAN2
1 bar coklat masakan,ambil sedikit jerr. ( terpulang nak letak tebal atau nipis)
1 - 2 sudu marjerin / butter ( sy guna planta)
sedikit minyak jagung / minyak masak biasa ( lebih kurang 3-5 sudu)
sedikit susu segar / susu cair ( lebih kurang 1/4 cwn )
sedikit susu pekat ( lebih kurang 2-3 sudu)

CARA MEMBUAT
masukkan coklat,susu segar,minyak,susu pekat dan planta ke dalam bekas dan bubuh di atas air yang mendidih dan kecau sehingga sebati.
jika coklat masih pekat walaupun dah sebati,bolehlah tambahkan susu segar.
gunakan teknik double boiler untuk masakan coklat ni.

SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...