CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JOM AMALKAN..

JOM AMALKAN..
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan 2.Kehinaan berganti dengan kemuliaan 3.Segala hutangnya dapat dijelaskan 4.Terhindar dari dukacita 5.Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya...amin

Saturday 28 January 2012

YEE MEE SIZZLING ala CIDDA ( MEE SANGGUL)

Malam ni rasa nak makan sizzling jerr..tapi malas nak kuar ke giang Kuantan ataupun,MesraMall semata2 nak makan sizzling..so pk2 baik g cari mee sanggul / yee mee n buat sendiri..lg jimat.huhu.
so g la cari bahan2nya kat kedai runcit kat umah ni..nasib semua bahan yang di cari ada.hehehe..so jadilah yee mee sizzling ala Cidda..so apa lagi..kita hayati kesedapan yee mee sizzling  ni melalui gambar dulu yerr..lps tu sama2 r kita cuba resepi ni erk.hehehe

terlebih bahan2 sampingan r plak dr yee mee.hehe

yee mee yang telah pun digoreng..

kuah yang belum diletakkan telur n tepung jagung..

yang dah dimasukkan tepung jagung n telur...

taraa....yee mee sizzling ala cidda...dah siap..

Jom tengok Bahan2nya..

yee mee/ mee sanggul
5 ulas bawang putih
1 ketul isi dada ayam /sedikit sotong / udang
1 inci halia
cendawan butang ( sy guna yang kering n direndam dulu)
lobak merah
sawi cina
jagung muda
1-2 biji telur
2 sudu sos tiram
2 sudu kiicap pekat
2 sudu kicap manis
2-4 cwn air
3 bj lada kering ( dipotong halus2)
sedikit minyak bijan
1 sdk tepung jagung
serbuk lada hitam
sedikit garam,gula n serbuk perasa.

Cara Membuatnya..
goreng yee mee dengan minyak y banyak n api sederlhana dulu sehingga berubah warna kemudian ketepikan..
tumis bawang putih n halia y ditumbuk..
masukkan sos tiram,kicap pekat,kicap cair bersama 2 cwn air
kemudian masukkan ayam / sotong atau udang..
biarkan mendidih dan masukkan bersama cendawan butang bersama sayur2 yang lain..
masukkan juga cili kering yang dipotong halus
masukkan garam,gula n serbuk perasa serta sedikit minyak bijan..
kemudian masukkan tepung jagung dan telur..
.biarkan seketika sehingga telur masak..
masukkan yee mee / tuangkan kuah ke atas yee mee..
sedia untukdi makan...

# kalo nak pedas tambahkan hirisan lada kering / masukkan cili padi..
# pastikan masa mengoreng yee mee api hanya perlahan saja n digoreng dalm 2-3 mnt shj..

- SELAMAT MENCUBA -

Thursday 26 January 2012

GULAI DARAT IKAN HARUAN

kali ni kite tengok gulai ikan darat atau lebih tepat ikan haruan.hehehe..actually ikan ni pun mr.hubby yang dapat g mancing..punye la besaww..2.3kg..xtau nak buat perr so yang paling dia suka gulai darat r / gulai kuning tp masuk beberapa bahan2 r.hehehe..jom tengok macamana gulai ikan darat ni..ni nama gulai kat kelantan r..hehehe..jom layan gambar2nya dulu..

inilah rupanya gulai ikan haruan / gulai ikan darat..

inilah rupa ikann haruan / ruang yang akan di kendurikan hari ni.hehehe

pucuk kandis / asam gelugor

bahan2 yang nak diblend kan..

 isi ikan haruan

 daun kesom n pucuk kandis

inilah rupa gulai ikan darat ruang..hehe

Jom tengok bahan2nya...

seekor ikan haruan / puyu /ikan keli
santan ( terpulang pd kuantiti ikan)
*5-10 ulas bawang merah
*2 inci kunyit hidup
*2 inci lengkuas
pucuk kandis / pucuk asam gelugor
1 keping asam keping
segengam daun kesom
*5-10bj cili kering ( diblender)
cili padi ( jika mau lebih pedas n hottt.hehehe)
garam,serbuk perasa

Cara Membuatnya..
Bersihkan ikan dan diketepikan dulu..
blend kan bahan2 bertanda *
kemudian campurkan bersama santan
letakkan diatas api dan sentiasa kacau..bila dah mendidih masukkan daun kesom n pucuk kandis
biarkan seketika sehingga betul2 sebati
# pastikan gulai sentiasa dikacau..
masukkan garam dan serbuk perasa..
rasa dulu gulai kerana pucuk kandis akan memberikan rasa masam pd gulai..
jika tak masam barulah ditambahkan asam keping...
kemudian bila dah betul2 mendidih barulah dimasukkan ikan..
biarkan 3-5 mnt..
hidangkan...

# lebih banyak pucuk kandis,lagi sodap..n tak perlu dh masukkan asam keping
# petua nak hilangkan bau hanyir ikan - gaulkan daun limau purut,tepung gandum n perahan limau...gaul n biarkan dalam 10-15 mnt..hasilnya xde bau ikan..

SELAMAT MENCUBA...





Wednesday 4 January 2012

AGAR-AGAR ROTI OMBAK RINDU NGN PEACH

Kali ni buat agar2 roti pelangi ngn buah peach plak..kebetulan peach ada lg n agar pn masih ada so bleh r masuk periuk jerr.hehe..ni agar2 biasa macam resepi2 org lain cuma saya letakkan buah peach tuk menambahkan rasa dan hiasannya saja.hehehe..kali ni namanya ombak rindu coz sudah buat agar2 ni terus tonton Filem Ombak Rindu..so tercetus idea nak namakan agar2 ombak rindu.hehehe..Jom tengok berombak tak agar2 ni.hehehe

inilah agar2 roti ombak rindu ngn buah peach..

diletakkan pewarna hijau..

diletakkan pewarna pink..hehe

buah peach yang dh di potong halus..

dah siap n tunggu keras jerr..

taraaa..dh keras n boleh makan dh..jom kita potong dulu..

dah boleh makan dah...

Jom tengok resepinya...
Bahan2..
agar2 urai 1 paket (20gm)
susu cair 1 cwn
2sdb tepung kastard
5-7 keping roti sandwich
3 bj buah peach dlm tin (1bj di blender)
1/2 cwn gula pasir
pewarna
5cwn air

Cara2nya...
masukkan air ke dalam periuk dan masukkan agar dan masak sehingga agar2 betul2 masak..
bila agar2 dah hancur n masak masukkan gula
bila gula dah masak n sebati masukkan susu cair tp sebelum itu ambil sedikit susu cair utk di kacau dengan tepung kastard
kemudian baru masukkan tepung kastard dan sebiji buah peach yang dah diblender..
bila semua dah sebati tutup api...
bahagikan agar2 yang dah masak pada 2 bahagian
1 bahagian warna pink n satu lagi warna hijau..
kemudian masukkan roti yang di carik kecil2 kedalam kedua2 adunan..
kemudian di dalam loyang taburkan dulu sebahagian buah peach yang di potong halus
kemudian masukkan agar2 berwarna pink berselang seli dengan hijau..
sehingga habis.
tunggu sejuk n keras n bolehlah di makan...

#letak dalam peti ais dulu barulah sodappp...
# gula terpulang kalo nak manis bleh tabah lg n kalo tak suka manis kurangkan r..

SELAMAT MENCUBA..






Tuesday 3 January 2012

MEE UDANG NGN FISH CAKE

Kali ni hubby beli udang nak suruh wat mee udang lg..tapi kali ini mee udangnya kecil r skit berbanding ngn yang dia pancing..apapun tetap kena wat masak mee udang ni.huhu..resepinya dah ada kat entry n u all bleh r tgk erk..simple jerr resepinya..kat sini just nak share gambar2 jerr..hehe

inilah rupanya mee udang tu..

tumis dulu udang rempah2 mee udang ni...

fish cake yg dh dipotong..

n taraaa....siap dah...


Monday 2 January 2012

SOSEJ ROLL...

Ni makanan kegemaran budak2..asal ada sosej confirm budak2 nak makan..tapi org tua pun suka makan ni..hehe..terutama waktu2 petang..walaupun resepi ni simple n senang n dah ramai yang tahu tapi saya nak share gak coz dah 'ter'masak...so nak share gak r.hehehe..jom tengok gambar dulu erk..


inilah rupanya sosej roll...

roti di lenyek2 dulu.hehe

telur yang dah dipecahkan..

inilah rupanya serbuk roti kuning..

sosej dibelah atau tak...

dicelup ke dalam serbuk roti

dah siap..tunggu masa nak goreng jerr..

dah siap digoreng n tunggu masa nak ngappp...

JOM TENGOK RESEPI YANG SIMPLE DIMPLE...hehe

Bahan2nya..
beberapa keping roti putih
1/2 cwn serbuk roti
1 bj telur ( kacau rata)
sosej( ayam/ daging)-di rebus terlebih dahulu
# nak guna sardin pun boleh..

Cara Membuatnya
roti di lenyek sehingga nipis
letakkan sosej dan gulung
sapukan bahagian hujung dengan telur supaya melekat..
kemudian celupkan kedalam telur...
dan kemudian celupkan pula kedalam sserbuk roti..
n bolehlah digoreng...
senang jerr kan..so boleh lah cuba erkk...

SELAMAT MENCUBA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...