ni la rupanya daging masak merah ala cidda...special r bagi saya.hehehe
daging yang direbus dan dipotong halus...
dan lagi daging masak merah....
JOM TENGOK RESEPINYA..
BAHAN2
1 kg daging ( bak buat sikit jerr pun ok gak)
3 sdb cili kering (di blender) / cili boh
3 sdb sos cili atau lebih
2 sdb sos tomato atau lebih
2 sdb sos tiram
1bj buah tomato
2-3 helai daun limau purut
1-2 batang serai (di ketuk/ dititik)
2-5 ulas putih ( tumbuk)
1 labu bawang besar ( separuh potong dadu n separuh hiasan)
1 inci halia (ditumbuk)
garam,gula dan serbuk perasa secukupnya
sedikit pewarna merah
jagung muda,kacang panjang,cili merah ( hiasan)
CARA MEMBUATNYA:
daging direbus sehingga empuk dan masukkan bersama pewarna merah
kemudian apabila sudah empuk toskan airnya (air jgn di buang)
potong daging halus2 dan goreng sekejap dan ketepikan
tumiskan bwg putih,halia,serai,daun limau purut dan bwg besar sehingga naik bau..
masukkan cili kering yang dah diblender,tumis hingga pecah minyak..
kemudian masukkan sos tomato,sos cili, sos tiram dan kacau rata..
kemudian masukkan daging yang dah digoreng,gula,garam dan serbuk perasa..
lastly masukkan jagung muda,kacang panjang, buah tomato, bawang besar dan biarkan seketika..
siappp.....bolehlah makan ngn nasi putih...sodap...
so boleh lah cuba erk...
No comments:
Post a Comment