ni lah rupanya nasi dagang kelate ngn gulai ikan aya tganu....
ni rupa nasi dagang kelate...yang dah dimasukkan kepala santan dah...
yang ni yang baru siap dikukus n belum dimasukkan santan..
ni kepala santan yang dimasak terlebih dahulu...kalo xnak masak pun xper gak..
ni gulai ikan aya yang belum siap sepenuhnya...lum letak cili padi lg ni..
bahan2 rempah yang ditumis terlebih dahulu...
masukkan kepala santan (santan pekat)
RESEPI NASI DAGANG KELATE....
BAHAN2..
1kg beras nasi dagang kelate (kt kedai ada jual)
1/2 kg santan pekat (1cwn asingkan) dan selebihnya digunakan utk kukusan pertama
2 inci halia (di hiris halus)
5 ulas bawang merah( di hiris halus)
1sdk halba
1 cwn air
sedikit garam
sedikit gula
CARA2NYA...
beras direndam terlebih dahulu 3-5jm / semalaman (rendam sblm nak tdo pahtu pg terus masak)
bila beras dah lembut kukus beras dulu lebih kurang 15-20 mnt.
selepas itu masukkan dalam bekas n kacau bersama air / santan cair (santan + air)sehingga sebati n beras jd lembut..
kemudian kukus lagi 10-15 minit
keluarkan dan masukkan dalam bekas dan kacau bersama 1 cwn santan pekat sehingga sebati
kemudia masukkan bersama halba,halia dan bawang merah
apabila sudah sebati masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus selama 3-5 mnt sehingga masak..
gula dan garam boleh di masukkan kedalam santan ataupun di tabur setelah nasi dagang masak.
siaplah resepi nasi dagang..
RESEPI GULAI IKAN AYA (IKAN TONGKOL)TGANU
1 ekor ikan aya yang sederhana besar ( di rebus/kukus bersama asam keping n sedikit gula melaka)
1/2 kg santan ( terpulang nak pekat atau x)
5 sdb rempah nasi dagang ( cap bunga ros atau apa2 jerr)
sedikit minyak
1/2 nisan / gula melaka (separuh)
1 labu bawang besar
10 ulas bwg merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
sebatang serai
serbuk ketumbar 2 sdb
2 keping asam keping / asam gelugor
10 tangkai lada kering yang dikisar (10 sdb cili boh)
garam,gula,serbuk perasa secukupnya
10 tangkai cili padi
CARA2NYA...
tumis dulu cili kering yang telah di kisar sehingga pecah minyak...
selepas itu bawang besar,b.merah,b.putih,halia,lengkuas di blender dan di masukkan kedalam cili yang telah ditumis..
masukkan serai yang telah diketuk..
dan tumis lagi sehingga naik bau dan bahan sudah sebati....
selepas itu masukkan ikan aya dan gaul rata...
apabila sudah rata masukkan santan pekat dan di tambahkan sedikit air..
masukkkan asam keping,garam,gula,serbuk perasa dan biarkan mendidih..
akhir sekali masukkan cili padi
siaplah gulai ikan aya....
## ikan aya di rebus dan dibiarkan semalaman..makin lama makin sodapp coz rasa masam manisnya..
SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment